Kesan gerhana kepada haiwan Gerhana_matahari_22_Julai_2009

Pada 22 Julai 2009, penduduk India dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari yang pertama pada abad ke-21. Gerhana matahari akan merentasi India pada 22 Julai ini, selama kira-kira enam minit dan 39 saat (antara 5.30 pagi dan 7.30 pagi) dan akan dapat dilihat dengan jelas di bandar raya seperti Bhopal, Patna dan Varanasi.

Saintis India sibuk mengkaji kesan fenomena itu terhadap haiwan dan hidupan marin. Taman Negara Van Vihar di Bhopal di Madhya Pradesh, pakar zoologi menganalisis tindak balas haiwan apabila berlakunya gerhana matahari. 41 haiwan maging berlainan dipilih sebagai bahan ujikaji.Penjaga zoo memantau kelakuan singa, harimau, harimau bintang, ular, buaya dan burung.

Pakar biologi dari Universiti Veer Marmad South Gujarat akan menyelidik kesan gerhana itu terhadap hidupan akuatik. Dr Mohini Gadhia, ketua Jabatan Biologi Akuatik mengetuai pasukan tersebut. Kelakuan kelakuan ikan emas, ikan kap dan udang akan diambil datanya. Ini termasuklah corak pernafasan, renangan, perubahan pada warna (badan) atau perubahan fisiologi.[2]